EP 32 #SembangKS | Pejabat, Rumah dan Dewan
Najib dah balik rumah — tapi rumah tu sekarang dah jadi penjara. 🏠🔒 Episod 32 Sembang KS, dirakam dari meja 13A kedai mamak paling dekat dengan rumah penulis kami.Kenapa mamak? Sebab skrip ni baru siap ditulis saat-saat akhir… dan rupa-rupanya ada orang ingat kedai mamak ni perpustakaan. 🤫 Jadi kali ni kami sembang perlahan sikit — tapi isunya tetap kuat.⏱️ Timestamps00:00 Intro — "Diam!!" dari meja 13A03:14 Kecil hati di Dewan Rakyat05:28 Tahanan rumah Najib Razak16:47 Anthony Loke: letak jawatan… atau belum?20:57 PRN Melaka: Sorotan Musim27:07 Jejantas SMK Bukit Rambai28:41 Fazley & Datuk Seri Vida31:42 Deep Dive: KLSCAH📌 Antara topik yang dibincangkan:💌 Kecil Hati Sebab Tak Dapat Kad Kahwin?Pusat data, harga barang, keadaan pusat kesihatan — dalam banyak-banyak isu, apa yang buat seorang menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat kecil hati? Tak dapat jemputan ke majlis Bella Astillah dan Syed Saddiq. Padahal yang peruntukannya ditarik 4 tahun pun tak kecil hati. 😅🏠 Najib, RM50 Juta & Penjara Paling Selesa di MalaysiaPengampunan bersyarat, denda RM50 juta, tabung derma UMNO, surat pemindahan dengan dua arahan bercanggah — dan Malaysia yang tak ada akta tahanan rumah pun. Rumah di Jalan Langgak Duta diwartakan sebagai penjara (netizen dah tukar nama di Google lebih awal 😂). Lepas tu mohon rumah kedua pula? Go big AND go home.Tapi pada hari yang sama, seorang bapa di Kelantan dipenjara 6 bulan kerana mencuri makanan bernilai RM394. Majlis Peguam pula telah memfailkan semakan kehakiman — pendengaran pada 27 Mac 2027.🚆 Anthony Loke: Letak Jawatan… Belum… Dah… Belum?Peletakan jawatan berprinsip sebagai Menteri Pengangkutan — yang ikut jadual Najib balik rumah. Kini PMX kata keputusan belum muktamad. Drama "Jawatanku Belum Berakhir" dah masuk musim kedua. Man United boleh selesaikan isu pengurus dalam masa kurang 7 hari, kenapa kerajaan tak boleh? 🔴⚽ PRN Melaka: Sorotan MusimBN 21, PH 4, PN 3. Bersama Fayyadh dan Abol dari Lapangan Ghaib, kami sorot PRN Melaka macam sorotan liga — formasi baru BN–PN, Kasut Emas (majoriti 16,214!), Pemain Paling Meningkat (364 → 8,615 undi), derby keluarga di Bemban dan Merlimau, perarakan juara versi cuti khas negeri, YB Hulk yang nilai pasarannya jatuh lepas sain kelab baru, dan BERSAMA — paling rajin berkempen, 15 calon hilang deposit. Liga seterusnya? PRU16. 🏆🌉 Jejantas SMK Bukit Rambai — Betul Ke?Video ajak rakyat keluar mengundi… tapi dirakam atas jejantas? Kami ada soalan. Banyak soalan. 🤔💍 Fazley & Datuk Seri Vida: Lamaran 2,000 DroneLamaran di pentas konsert 11.11 di KLCC dengan hampir 2,000 drone. Lepas #BellaSaidYes, hashtag apa pula kali ni — Fazz and Furious: VIDA Drift? Apa-apa pun, tahniah daripada kami! 🎉🏛️ Deep Dive: KLSCAH — Kenapa Dewan Ini Wajar Dapat Diskaun?Diskaun premium tanah untuk Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor buat ramai marah. Tapi tahukah anda dewan ini lebih tua daripada Malaysia, tempat penubuhan MCA, tempat rundingan UMNO–MCA yang membawa kepada Perikatan, malah dewan perkahwinan Tun Abdullah Ahmad Badawi? Zaidel kongsi pendiriannya, dengan hujah — dan satu soalan yang lebih sukar untuk masyarakat Melayu sendiri.Akhirnya, persoalan terbesar bukan sekadar "Kenapa dia dapat?"Tetapi:"Kenapa kita tak bina sendiri?"Nenek moyang kita membina kerajaan, mengawal selat dan memandang jauh merentasi lautan. Budaya politik kita hari ini? Nak lepas sungai pun belum tentu. 🌊💬 Komen di bawah: Setuju tak dengan diskaun premium tanah untuk KLSCAH? Bawa hujah, bukan maki. 😉🔔 Subscribe Keluar Sekejap untuk episod Sembang KS setiap minggu🎙️ Hos: Zaidel Baharuddin🗳️ Pengulas politik: Syahmie Fayyadh Jaafar📍 Lapangan Ghaib: Abol📚 Sumber utama: Bernama, SPR, Malay Mail, The Edge, Utusan, FMT, Malaysiakini, Astro Awani, RTMSembang KS — kita sembang santai, tapi jangan sampai lupa kira-kira. 😎